Hubungan dai aspek semantik
Jalinan makna di antara satu ayat
dengan ayat lain atau perenggan-perenggan lain.
a) Hubungan sebab dan akibat:
Dia sangat malas. Dia bodoh.
b) Hubungan sebab dan hasil:
Ali rajin bekerja. Dia kaya.
c) Hubungan sebab dan tujuan:
Hassan berpakaian kemas. Dia mahu
memikat Aminah.
d) Hubungan syarat dan hasil:
Kita mesti rajin berusaha.
Kerajinan menjamin kejayaan.
e) Hubungan latar dan kesimpulan:
Lagu itu sungguh enak didengar.
Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.
f) Hubungan perbandingan:
Hasnah cantik. Kakaknya lebih
cantik lagi.
g) Hubungan sampingan:
Saya sudah membuat kerja rumah.
Saya letih jadi saya hendak tidur.
h) Hubungan memperkuat isi:
Sungguh cantik gadis itu. Rambut
ikal mayang, berlesung pipit dan berhidung mancung.
Hubungan Dari Segi Aspek Fonologi
Dilihat daripada segi hentian
suara, nada suara dan intonasi suara. Ini dapat menimbulkan hubungan semantik
di antara bahagian wacana. Intonasi suara berperanan penting sebagai penanda
dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:
a. Malaysia negara yang aman.
b. Negara yang aman, Malaysia.
(ayat penyata)
c. Aman negara Malaysia?. (ayat
tanya)
Hubungan Dari Segi Leksikal
Hubungan wacana berdasarkan
pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin
disampaikan.
i. Antonim:
Pemuda harapan bangsa. Pemudi
tiang negara.
ii. Sinonim”
Ali seorang yang rajin.
Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti.
iii. Hiponim:
Dia menanam pokok melur, cempaka,
bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak
indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
iv. Himonim:
Bukit yang aku daki sebentar tadi
sangat tinggi. Aku bersa sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga
badanku dipeluhi dengan daki.
Hubungan Dari Segi Tatabahasa
Wacana berkualiti mesti
memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. Ini dapat dilihat daripada
penggunaan penanda gramatik seperti:
a. Kata hubung: menghubungkan di
antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain.
i. Berfungsi sebagai penghuraian:
Seterusnya, selain itu, pada
sudut yang lain dan sebaliknya.
ii. Berfungsi sebagai
pengembangan idea:
Seperti, dan, tetapi, oleh itu,
kerana dan dengan.
iii. Berfungsi sebagai
penambahan:
Sebelum, selepas, kemudian,
berikutnya, pada masa dan ketika itu.
b. Kata rujukan: kata yang boleh
menggantikan sesuatu sama ada benda atau manusia.
i Kata ganti nama:
Saya, dia, mereka, kami, kita,
itu, ini dan siapa.
c. Peleburan dan penggantian:
untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang
diberikan.
Contoh:
Ali menendang bola dengan laju
manakala Hassan menendang dengan perlahan.
No comments:
Post a Comment