Thursday 28 April 2016

ANALISIS WACANA UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM SEMPENA 100 HARI MENAKHODA NEGARA

DISERTASI INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2014

ABSTRAK

Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka.

Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada khalayak. Berdasarkan unsur struktur teks, pewacana lebih tertumpu pada struktur generik makluman dan tindakan. Penekanan pada struktur generik ini, khususnya struktur generik tindakan, menunjukkan bahawa tertanam ideologi kepimpinan partisipasi dalam pentadbiran yang diterajuinya. Hal ini secara tidak langsung menjadi medium 'prornosi diri' pewacana. Bagi aspek tautan pula, pewacana lebih banyak memanfaatkan tautan penghubung tambahan kerana pewacana yang masih baharu memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam. Oleh itu beliau perlu memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Penggunaan tautan rujukan saya atau kita dalam ucapan pula menunjukkan bahawa pewacana mahu mempamerkan keakrabannya dengan khalayak. Malahan, kata ganti saya dan kita juga digunakan secara berulang bagi menonjolkan diri pewacana.

PENGENALAN

1.0  Pendahuluan Bagi seorang permmpm, ucapan merupakan salah satu komunikasi rasmi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ucapan pemimpin negara merupakan satu wacana yang dapat memberi impak yang besar dalam pemerintahan negara. Setiap ucapan yang disampaikan berperanan mengukuhkan kuasa, mempertahankan idea, menyampaikan ideologi atau kepentingan lain. Schaffner (1997) yang dipetik dalam Wong Shin Shin (2007) menegaskan bahawa bahasa politik dapat dilihat melalui penggunaan bahasa secara khusus, manakala Wareing (1999: 11) pula menyatakan bahawa kuasa politik wujud di sebalik makna bahasa.
Bagi menghuraikan dan memahami penggunaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Di awal perbincangan, akan ditumpukan perhatian terlebih dahulu kepada latar belakang: sorotan kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kerangka teori, dan kaedah kajian.

1.1  Latar Belakang Kajian

Pada bahagian ini, akan dibincangkan tiga perkara yang berkaitan dengan latar belakang kajian yang dibuat, iaitu definisi dan sejarah wacana, sorotan kajian wacana di Malaysia, dan sorotan kajian wacana ucapan pemimpin.

1.1.1        Definisi dan Sejarah Wacana

 Wacana bukanlah satu bidang yang baharu. Kedudukan wacana dikatakan lebih tinggi daripada ayat dalam tatatingkat bahasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui definisidefinisi yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik sendiri, Misalnya, Stubbs, (1983 yang dipetik dalam Schiffrin, 1992: 1) melihat wacana sebagai kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa dalam kenyataannya seperti yang berikut.

attempts to study the organization of language above the sentence or the clause, and therefore to study larger linguistic units, such as conversational exchanges or written texts. Itfollows that discourse analysis is also concerned with language in use in social contexts, and in particular with interaction or dialogue between speakers.

Crystal (1992) mendefinisikan wacana sebagai regangan bahasa yang berkesinambungan yang lebih besar daripada ayat. Asmah Haji Omar (1980a: 11) turut menyatakan wacana sebagai unit bahasa yang melepasi batas ayat. Menurutnya:

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butir-butir pemikiran dan juga perkembangan akliah yang ada di dalamnya.

Nik Safiah Karim et al. (2009: 523) pula melihat wacana sebagai unit bahasa yang melepasi ayat. Beliau menambah bahawa:

 ...perkaitan antara bahasa unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik.

 Wong Khek Seng (2006: 1) pula mentakrifkan wacana sebagai usaha meneliti bahasa yang digunakan untuk tujuan kornunikasi yang boleh terdiri daripada satu-satu kata atau ayat tunggal, seberkas ayat, sesuatu perbualan ringkas, coretan nota sehinggalah sebuah novel yang lengkap. Dalam wacana Wong Khek Seng menyatakan bahawa kemarnpuan wacana menyampaikan mesej dan memperlihatkan runtutan dari segi penerimaan.

sebenarnya, wacana merangkumi keseluruhan aspek kornunikasi, sarna ada rnelibatkan rnesej atau teks, pengucapan, penerirnaan serta situasi konteks (Mohd. Sidin, 1999). Malahan, ada sesetengah pengkaji rnenganggap buah fikiran juga sebagai wacana. Fairclough (2003, dalam Idris Arnan, 2010) mentafsirkan wacana sebagai pandangan khusus tentang bahasa penggunaan sebagai satu unsur kehidupan sosial yang berkait rapat dengan unsur lain. Hal ini bermakna wacana berkait rapat dengan kehidupan sosial kerana digunakan dalarn kornunikasi.

Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan, terdapat persarnaan berkaitan takrifan wacana. Secara tuntasnya, wacana ialah unit tertinggi bahasa yang rnelarnpaui ayat dan kajian tentang unit tersebut, yakni tertinggi dalarn tatatingkat bahasa. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, rnaka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk.

Dari segi sejarah, kajian wacana dirnulakan oleh seorang ahli linguistik tradisional yang bemarna Malinowski seawal tahun 1923 dengan rnelihat hubungan bahasa dengan rnasyarakat dalarn kajiannya di Kepulauan Trobriand. Konsep ini kernudiannya dikernbangkan oleh Firth (1935) dengan mengemukakan 'teori makna dalarn konteks' (context of situation) yang rnenyatakan bahawa semua ilmu bahasa rnerupakan kajian rnakna dan rnakna ini bukan diperoleh daripada hubungan akaliah di antara idea-idea yang wujud oleh kata-kata, tetapi daripada hubungannya dengan konteks situasi yang melatarinya (Asrnah Hj. Omar, 1980a: 14), Firth (1935) menyatakan konteks situasi melibatkan pemeran dalam situasi, tindakan pemeran, ciriciri situasi lain yang relevan, dan bentuk perubahan yang ditimbulkan oleh hal-hal yang dituturkan oleh pemeran dalam situasi itu. Oleh itu, jika digunakan dalam konteks yang berlainan, setiap perkataan merupakan perkataan baharu yang mempunyai erti yang berlainan.

Walaupun kajian Malinowski (1923) dan Firth (1935) sudah mencerminkan analisis wacana, namun istilah discourse analysis ini secara khususnya mula diperkenalkan oleh Zellig S. Harris (1952) dalam kertas kerjanya Discourse Analysis bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tatabahasa ayat. Beliau melihat bahasa lebih daripada ayat dalarn pengkajian bahasa dengan memberi gambaran tentang struktur teks dan peranan unsur-unsur dalam struktur tersebut sehingga merubah analisis tatabahasa yang dahulunya hanya berakhir pada peringkat ayat, kini ke peringkat wacana. Malahan, beliau juga memperlihatkan wujudnya hubungan antara teks dengan situasi sosial. (Asmah Hj. Omar, 1980a: 14-15).

Secara umumnya, perkembangan wacana berasaskan dua tradisi, iaitu tradisi Eropah dan tradisi Amerika (McCarthy, 1991). Tradisi Eropah banyak dilakukan oleh ahli-ahli bahasa pemikiran Prague seperti Mathesius yang terkenal dengan kerangka Perspektif Tugas Ayat (Functional Sentence Perspective) bagi menganalisis wacana. . Halliday pula banyak mempengaruhi aliran wacana di Britain. Beliau juga sebenarnya banyak dipengaruhi oleh aliran Prague, selain pengaruh pemikiran Firth yang memperluas konsep keperihalan keadaan yang dipelopori oleh Malinowski. Halliday (1973) menekankan pendekatan fungsional terhadap bahasa dengan mengemukakan tiga fungsi bahasa, iaitu fungsi ideasional, fungsi interpersonal, fungsi tekstual. (dalam Idris Aman, 2010: 18-19). Sinclair dan Coulthard (1975) pula memajukan model analisis

wacana guru-rnurid di bilik darjah berasaskan hierarki unit wacana, manakala Grice (1975) seorang ahli falsafah menggunakan pendekatan pragmatik dalam wacana. Menjelang tahun 1970-an, kajian wacana telah mengalami evolusi apabila pendekatan kritis diperkenalkan melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh Roger Fowler dan rakanrakan sejawatnya, iaitu Hodge, Kress, dan Trew yang berpangkalan di University of East Anglia, Britain (Fairclough, 1992; Simpson, 1993). Pada awalnya, pendekatan ini dikenali dengan nama critical linguistics (dipetik daripada Idris Aman, 2006). Fairclough (2003) salah seorang penyokong analisis wacana kritis memperkenalkan praktis sosial dalam menganalisis wacana.

Di Amerika pula, analisis wacana didominasi oleh kerja-kerja dalam tradisi etnometodologi, iaitu menekankan metod penyelidikan secara pemerhatian terhadap sekelompok manusia yang berkomunikasi dalam latar semula jadi. Kajian yang dijalankan ialah jenis-jenis lakuan bahasa. Gumperz dan Hymes merupakan dua orang tokoh yang terkenal bagi tradisi ini. Oalam aliran Amerika juga ada tradisi analisis perbualan (conversational analysis) yang menumpukan perhatian kepada tingkah laku pemeran wacana dan kepada pola wacana yang wujud dalam data turut tergolong dalam analisis wacana. Begitu juga dengan aliran wacana yang bergerak sealiran dengan tradisi linguistik seperti wacana penceritaan lisan. Selain itu, satu lagi pendekatan analisis wacana yang terkenal ialah pendekatan lakuan tutur (speech act) yang digubal oleh ahli falsafah John Austin (1962) dan John Searle (1971), serta McCarthy (1991) (dalam Idris Aman, 2010,18-19).
Walau bagaimanapun, konsep analisis wacana dalam linguistik Melayu secara langsung diperkenalkan oleh Asmah Hj. Omar (1980a; 1998b) dalam tulisan artikelnya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam artikel tersebut, beliau menegaskan kepentingan makna dalam konteks situasi yang bersifat bukan verbal. Dengan menggunakan kaedah analisis Sinclair dan Coulthard (1975), beliau menganalisis struktur perbualan dalam teks dialog bahasa Melayu. Selanjutnya, banyak penulisan yang telah dihasilkan oleh beliau berkaitan wacana. Antaranya beliau pernah (1 menulis tentang wacana yang berlaku dalam temu duga dan wawancara (1995), wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan (1996), hubungan kuasa dalam perbahasan parlimen (2003) serta wacana akademik (2006).

      Perkembangan analisis wacana kemudiannya semakin rancak dengan terhasilnya sama ada dalam bentuk artikel, buku, tesis atau disertasi, khususnya memerihalkan wacana bahasa Melayu. Pada peringkat doktor falsafah, kajian wacana pemah dilakukan oleh Azhar M. Simin (1983), Sato Hirobumi (1991), Sanat Md Nasir (1996), Khathijah Abdul Hamid (1997), Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001), Nani Darmayanti (2012), Azhar Md. Sabil (2012), dan Rohaidah Haron (2012).
      Kajian Azhar M. Simin (1983) dan Sato Hirobumi (1991) memerihalkan nahu wacana. Kajian Azhar M. Simin sedaya menghuraikan kata 'yang', telah menerapkan kerangka teori tagmemik dan kerangka struktur naratif dengan harapan menjadi laluan kepada analisis nahu Melayu berasaskan wacana. Menurutnya, kajian bahasa yang ada sebelum ini bersifat nahu bebas konteks. Oleh sebab itu, sewajamya nahu wacana perlu diberi perhatian kerana baginya ayat bukanlah batasan terakhir dalam tatatingkat bahasa. Dengan demikian, perlu nahu perlu dianalisis dalam konteks yang lebih besar, iaitu wacana.
     
      Kajian Sato Hirobumi pula menggunakan korpus Hikayat Hang Tuah bagi menghuraikan bahasa Melayu klasik. Dalam kajiannya, teori linguistik strukturalfungsian dimanfaatkan sebagai kerangka menganalisis data. Dalam kajian tersebut, antara aspek nahu yang dihuraikan ialah susunan maklumat lama dan maklumat baharu.

Unsur kohesi atau tautan secara langsung disentuh oleh Sanat Md Nasir (1996) dalam kajian doktor falsafahnya. Korpus wacana yang digunakan oIeh Sanat Md Nasir ialah rencana Utusan Zaman dari tahun 1957 hingga 1961 dengan menerapkan kerangka teori Iinguistik sistemik Halliday dan Hasan (1976) dan Elsharshabi (1988) dengan membuat beberapa pengubahsuaian berdasarkan input de Beaugrande dan Dressler (1981) dan Cook (1992; 1994). Analisis yang dibuat melahirkan model kerangka tautannya yang dikenali sebagai Model Tautan Pindaan.
      Selain itu, kajian Khathijah Abdul Hamid (1997) juga membincangkan unsur kohesi dalam karangan pelajar. Akan tetapi, kajiannya turut menyentuh unsur koheren. Empat jenis karangan dijadikan korpus kajian yang merangkumi karangan naratif, karangan pendedahan, karangan perbincangan, dan karangan pujukan bagi tujuan terapan. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau menjawab 17 persoalan yang dibina berdasarkan angkubah-angkubah yang ditetapkan.
 Pada peringkat sarjana pula, kajian wacana pemah dibincangkan oleh Che Mahmood Che Pa (2003) yang turut mengkaji bidang wacana dengan menghuraikan penggunaan jenis wacana dalam novel Di Hadapan Pulau. Rohaidah Haron (2004) pula menggunakan peristiwa bahasa perbicaraan di Mahkamah Syariah sebagai korpus wacana. Bagi melihat strategi kornunikasi dan kesopanan, manakala Julia Henry (2004) menggunakan kerangka wacana analisis 3 dimensi bagi membuktikan praktis sosial pemasaran dalam bahasa pengiklanan dengan menggunakan 20 wacana periklanan barangan kecantikan yang diambil daripada majalah tempatan yang bertemakan wanita. Wacana pedagogi pula dikaji oleh Neng Lia Marliana (2008), Nor Diyana Saupi (2010) dan Isabella Jali (2011). Dengan terhasilnya kajian-kajian tersebut, maka bidang ini semakin menjadi tumpuan dalam ilmu Iinguistik.
       Akhir-akhir ini pendekatan kritis telah mendapat tempat dalam kalangan pengkaji tempatan. Menurut Idris Aman (2006: 82) kajian yang dilakukan oleh Kamila Ghazali menjadi perintis kepada pendekatan ini. Antaranya kajian yang menggunakan pendekatan ini ialah Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001), Nani Darmayanti (2012), Azhar Md. Sabil (2012), Hasuria Che Omar (2012) dan Rohaidah Haron (2012). Nani Oarmayanti (2012) telah mengkaji bahasa dan ideologi dalam akhbar Utusan Malaysia dan Kompas, khususnya bagi pemberitaan hubungan Malaysia-Indonesia, manakala Azhar Md. Sabil (2012) pula menganalisis wacana dan amalannya dalam warkah-warkah perjanjian Melayu abad ke-19. Kajian Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001), dan Rohaidah Haron (2012) pula menganalisis wacana ucapan pemimpin yang akan dihuraikan kemudian. Hasuria Che Omar
1.1.2        Sorotan Kajian Waeana Ucapan Pemimpin
 Bahasa yang rnenjadi medium berkomunikasi mempunyai peranan tertentu bergantung pada objektif yang diinginkan. Bagi seorang pemimpin, mereka memanfaatkan bahasa untuk pelbagai tujuan seperti mengukuhkan kuasa, mempertahankan idea, menyampaikan ideologi atau kepentingan lain. Perkara ini berlaku kerana kuasa politik wujud di sebalik makna bahasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terdahulu, sarna ada kajian di luar atau dalam negara. Di luar negara, kajian ini pemah dilakukan oleh Bahaa-eddin M. Mazid (2007), Chang Pu (2007), Fatih Bayram (2010) dan Junling Wang (2010).
Bahaa-eddin M. Mazid (2007) menggunakan pendekatan analisis wacana kritis untuk melihat andaian dan fungsi strategik, di samping komen ringkas mengenai penggunaan alat-alat propaganda dalam ucapan yang disampaikan oleh George W. Bush selepas sembilan hari serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon dan beberapa tempat yang disasarkan. Chang Pu (2007) juga mengkaji ucapan George W. Bush. Teks yang dikaji ialah teks ucapan yang disampaikan kepada pelajar di Universiti Tsinghua apabila Bush melawat ke China pada tahun 2002. Kajian tersebut dikupas berdasarkan teori analisis waeana politik dan bertujuan untuk menunjukkan bahawa kemahiran Bush dalam strategi retorik mempunyai hubungan yang rapat dengan matlamat keseluruhan politik beliau bagi memastikan Amerika dijadikan sebagai model untuk negara China serta pembangunan di China.

Fatih Bayram (2010) pula mengkaji ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Kajian tersebut secara langsung mengkaji komponen ideologi dan latar belakang bahasa yang termaktub dalam ueapan Erdogan semasa perbahasan di Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Januari 2009. Hasil kajian tersebut memperlihatkan Erdogan telah mengekalkan latar belakang beliau sepanjang masa politik beliau dalam kerajaan apabila beliau menggunakan bahasa sebagai alat sosial yang kuat untuk mempamerkan karakter beliau. Penemuan ini sejajar dengan pendapat yang dikemukakan oleh Fairclough, iaitu ideologi wujud dalam teks. Ueapan Baraek Obama pula pemah dikaji oleh Junling Wang (2010).

Dalam kajian tersebut beliau menggunakan pendekatan analisis waeana kritis dengan menerapkan teori Sistemik-Fungsional, Dalam kertas kerja tersebut, Junling Wang 10 menganalisis ketransitifan dan modaliti dalam waeana politik Baraek Obama sebagai usaha memahami penggunaan bahasa dalam penyampaian ideologi dan kuasa. Temyata Obama mudah memujuk atau mempengaruhi khalayak untuk menerima dan menyokong polisi dalam pemerintahannya. Di Malaysia kajian analisis wacana teks ucapan politik juga pemah dilakukan oleh beberapa pengkaji seperti Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001; 2011),

        Asmah Hj. Omar (2003), Munif Zariruddin (2003), Mohammed Shahriar dan Mahmud Hasan Khan (2004), Wong Shin Shin (2007), Azimah Shurfa (2010), Rohaidah Haron (2012), dan Mashetoh Abd Mutalib et al. (2013) dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Kamila Ghazali (1999) menggunakan data korpus teks ucapan Mahathir Mohamad dalam Persidangan UMNO antara tahun 1982 hingga 1996 bagi memperlihatkan saling hubung antara bahasa dengan kehidupan sosial. Beliau cuba membuktikan bahawa bahasa menjadi unsur penting bagi pewacana untuk mempengaruhi khalayak menerima ideologi yang disampaikan.
        Dalam erti kata lain, kajiannya bertujuan untuk melihat hubungan bahasa dengan kehidupan sosial, di samping mengkaji hubungan kuasa dan ideologi yang terserlah dalam waeana kepimpinan Mahathir. Untuk itu, beliau telah meneliti teks homogenus atau normatif secara krono1ogi ucapan perasmian Perhimpunan UMNO dengan menekankan tiga tema utama dalam ueapan tersebut, iaitu Islam, ekonomi dan UMNO. Hasil kajian tersebut, penggunaan leksikal dan kedudukan pewacana yang diserlahkan melalui pemanfaatan bahasa memperlihatkan hubungan nilai solidariti. Dalam kajian itu juga, aspek intertekstualiti disentuh bagi menentukan praandaian melalui klausa dan frasa adverb



No comments:

Post a Comment