Thursday, 28 April 2016

ANALISIS VISUAL IKLAN DIGI SEBAGAI SATU APLIKASI MEDIA MENGGUNAKAN PENDEKATAN TEORI SEMIOTIK

Analisis Visual Iklan DiGi Sebagai Satu Aplikasi Media Menggunakan Pendekatan Teori Semiotik.

Pengenalan
Iklan sebagai salah satu media komunikasi masa ini semakin berkembang pesat kerana semakin banyak syarikat yang mengeluarkan produk-produknya yang menyebabkan semakin pesat  persaingan perniagaan. Sebagai salah satu syarikat pengendali telekomunikasi terbesar di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pakej dan peranti dalam talian dengan perkhidmatan penghantaran rumah dalam  pelbagai konsep dan promosi yang menarik untuk menarik perhatian ramai pengguna.


Perkara asas dalam industri pengiklanan ialah media massa. Dengan peningkatan dalam kemajuan media massa industri pengiklanan membuka lembaran baru dengan pecutan perkembangannya melangkaui zaman. Pada peringkat awal pengiklanan banyak tertumpu kepada persuratan seperti poster dan akhbar. Pada peringkat awal media massa banyak menumpukan kepada penyebaran dakyah dan maklumat kerajaan kepada rakyat.
Berbeza dengan zaman sekarang, selain daripada memberi informasi-informasi terkini tentang negara dan dunia, media massa juga telah bertukar menjadi bahan komersial yang diperdagangkan kepada khalayak. Hal ini kerana, masyarakat semakin bijak dan memerlukan berita-berita terkini untuk diketahui. Faktor inilah yang mendorong syarikat-syarikat besar menggunakan media massa sama ada percetakkan mahupun elektronik untuk memperkenalkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat mengikut sasaran pengguna mereka. Justeru, wujudlah perkataan pengiklanan yang menjadi komoditi penting kebanyakan media massa pada masa kini.
Pengiklanan adalah sebagai tambahan kepada fungsi maklumat yang asas bagi menambahkan nilai baru kepada nilai barangan  dan perkhidmatan yang sedia wujud. Pengguna akan menganggap nilai tambahan ini sebagai bentuk barangan yang wujud tetapi nilai yang diada-adakan ini tidak menunjukkan ia sesuatu yang tidak benar dan tidak dapat dinikmati. Pengguna dapat membezakan barangan yang identikal secara teknikal kerana pengiklanan telah menjadikan mereka berlainan. Pendek kata iklan bolehlah dikatakan sebagai satu seni kreatif yang sangat mempengaruhi para pengguna.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan  termasuklah analisis semiotik untuk mengkaji kesan dari faktor sampingan ke atas keberkesanan penyampaian maklumat melalui pengiklanan didalam media massa, menjelaskan keberkesanan unsur sistem lambang dan semiotik dan tahap kepercayaan kepada sesuatu sumber serta, peranannya dalam media massa tersebut.

                                                                                                               

Pengertian Semiotik



Teori semiotik ini berasal dari barat, dan istilahnya semiotik itu berasal daripada istilah Yunani, iaitu “semeion” yang bererti tanda. Oleh yang demikian, semiotik bererti ilmu tanda, iaitu salah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan pengkajian tanda dan segala sesuatu yang berhubung dengan tanda, seperti sistem tanda dan proses yang berlaku bagi penggunaan tanda (Aart van Zoest, dipetik dalam Mana Sikana,1998).


Ferdinand de Saussure yang mengkaji bahasa percaya bahawa, bahasa terbina dalam struktur yang mengandungi tanda-tanda dan setiap tanda dalam bahasa itu memiliki makna yang tersendiri. De Saussure mengunakan istilah semiologi yang mempercayai bahawa tanda dalam sistem bahasa dapat dikaji secara saintifik. Menurut Saussure, bahasa adalah suatu sistem tanda yang berfungsi melalui sebuah kod Operation Position Binary (Mana Sikana,2005: 34).

Posisi Binari inilah yang menghasilkan makna-makna.Pengertian lain datang dari tokoh semiotika Umberto Eco yang menyatakan bahawa pada prinsipnya, "semiotik adalah sebuah disiplin yang mempelajari segala sesuatu yang dapat digunakan untuk berdusta" (Vera, 2014: 32).

Tanda, menurut pandangan Peirce adalah "... something which stands to somebody for something in some respect or capability". Jelaslah pada definisi Peirce ini peranan subject (somebody) sebagai sebahagian yang tidak terpisahkan dari pertandaan, yang menjadi landasan semiotik komunikasi.

Jelaslah bahawa tanda dan makna merupakan kata kunci yang menghubungkan antara semiotik dan komunikasi. Di dalam komunikasi terdapat unsur mesej yang berbentuk tanda-tanda. tanda-tanda ini mempunyai struktur tertentu yang dilatarbelakangi oleh keadaan sosiologi ataupun budaya.



B.   Model – Model Semiotik

1.    Model Ferdinand de Saussure
Prinsip dari teori Saussure ini adalah sebuah sistem tanda, dan setiap tanda itu tersusun dari dua bahagian, iaitu signifier (penanda) dan signified (petanda). Penjelasan Saussure menunjukkan watak arbitrari penanda dalam hubungannya dengan petanda. Seperti dalam jadual 1 di bawah.

TANDA
PENANDA
PERTANDA
CITRA BUNYI
KONSEP



2.    Model Charles Sander Peirce

Menurut Tengku Intan Marlina bt. Tengku Mohd. Ali (2008), Model Charles Sanders Peirce (1839-1914) mempunyai rangka kerja semiotik.Ia terdiri daripada rangka kerja tiga bahagian makna iaitu representamen (tanda itu sendiri), objek (tanda merujuk kepada apa), dan interpretant (tafsiran penonton atau kesan ke atas penonton). Peirce melihat sebahagian subjek yang tak terpisahkan dari proses signifikansi. Model triadic Peirce (representamen, object, interpretant = tanda) memperlihatkan peranan besar subjek dalam proses transformasi bahasa. Peirce memandang bahawa tanda memiliki makna yang mengalami perubahan tanpa henti atau unlimited semiosis, iaitu proses penciptaan rangkaian interpretant tanpa akhir. .Menurut Peirce lagi, semiotik melambangkan hubungan tanda dan objek. Mesej mengandungi tanda-tanda yang dihantar melalui sistem tanda.Sistem tanda ini dipanggil kod. Model Peirce adalah salah satu pengaruh paradigma yang telah digunakan untuk analisis semiotik pengguna dan isu pemasaran yang dapat digambarkan seperti berikut:










Konsep tersebut menunjukkan suatu hubungan segi tiga antara perwakilan, interpretasi, dan objek. Satu tanda akan dapat difahami dalam hubungannya dengan interpretasi, manakala satu tanda yang setara dapat berkembang dalam fikiran seseorang yang merujuk pada objek tertentu. Jelas dalam pemikiran Peirce (1839-1914) terdapat hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara tanda dan interpretasi dengan objek yang dirujuknya. Di sinilah perbezaan utama idea Peirce apabila dibandingkan dengan teori tanda yang digagas oleh Saussure.

3.    Model Umberto Eco
Bila sesuatu tidak dapat digunakan untuk mengungkapkan dusta, maka sebaliknya ia tidak dapat pula digunakan untuk mengungkapkan kebenaran (truth): ia pada kenyataannya tidak dapat digunakan untuk “mengungkapkan” apa-apa. Jangkaan sebagai sebuah teori kedustaan sudah pasti diterima sebagai sebuah program komprehensif untuk semiotika umum (general semiotics) (Piliang, 2003:45). Berdasarkan pemahaman diatas, didapati bahawa teori menurut Eco merupakan teori untuk mengungkapkan kebenaran sekaligus kedustaan. Dimana tanpa kita mengetahui kebenaran yang sesungguhnya, maka kita juga tidak akan mengetahui bahawa suatu tanda adalah dianggap berbohong.Eco mendefinisikan dusta adalah “mengatakan atau menulis sesuatu yang tidak benar”. Maksudnya apa yang disajikan baik secara tertulis maupun lisan tidak sesuai dengan realiti yang sebenarnya.

4.    Semiotika John Fiske
John Fiske berpendapat bahwa terdapat tiga bidang pembelajaran utama dalam semiotik, iaitu:
a.    Tanda itu sendiri, terdiri sebagai pembelajaran tentang pelbagai tanda.
b.    Kode atau sistem yang mengorganisasikan tanda, mencakup cara berbagai kode dikembangkan guna memenuhi keperluan suatu masyarakat atau budaya untuk mengeksploitasi saluran komunikasi yang ada.
c.    Kode  Kebudayaan tempat kode dan tanda bekerja, penggunaan kode-kode dan tanda-tanda untuk keberadaan dan bentuknya sendiri (Vera, 2014:32).contoh jadual 2 berikut:



Pertama
Realitas
Dalam bahasa tulis, seperti dokumen wawancara transkrip dan sebagainya. Dalam televisyen seperti perilaku, make up, pakaian, ucapan, gerak-gerik dan sebagainya
Kedua
Representasi
Elemen tadi ditandakan secara teknikal. Dalam bahasa tulis seperti kata, cadangan, kalimat, foto, sari kata, grafik, dan sebagainya. Dalam TV seperti kamera, muzik, sistem cahaya, dan lain-lain. Elemen-elemen tersebut dihantar ke dalam kod perwakilan yang memasukkan di antaranya bagaimana objek digambarkan (watak, naratif, setting, dialog, dan lain-lain).
Ketiga
Ideologi
Semua elemen diorganisasikan dalam koheren dan kode kode ideologi, seperti individualisme, liberalisme, sosialisme, patraki, ras, kelas, materialisme, dan sebagainya.


Bahasa komunikasi visual dan pengantaraan produk

Perkembangan industri telekomunikasi yang berlatarbelakangkan kemajuan secara globalisasi di pelbagai bidang semakin berkembang kesemua penjuru dunia. Reka bentuk bahasa komunikasi visual logo semakin banyak dihasilkan sebagai hasil reka bentuk yang mewakili industri dalam memperkenalkan visi, misi, dan hal-hal mengenai industri tersebut (Henderson, et.
al., 2003). Sebuah reka bentuk visual boleh membantu sebuah industri dalam memperkenalkan dan mempromosikan industrinya kepada khalayak ramai. Temporal (2000) menyatakan bahawa sebuah karya reka bentuk visual yang dipilih oleh sesebuah industri dapat membantu industri tersebut dalam mendapatkan strategi penjenamaan industri.
          Berdasarkan beberapa kajian lepas telah dijalankan oleh sarjana barat mengenai semiotik bahasa komunikasi visual. Tressidder (2010) dalam kajiannya mengenai semiotik pemasaran produk menyatakan bahawa sebuah produk yang dipasarkan, mencipta jenama, slogan, ikon, logo dan iklan sebagai alat promosi barangannya. Jenama, slogan, ikon, logo dan iklan memberikan representasi produk yang berhubung kait dengan hal-hal yang bersifat mitos atau budaya yang ingin dicipta oleh industri berdasarkan budaya popular yang berlaku. Tresidder (2010) juga menyatakan bahawa ilustrasi sebuah produk yang disajikan dalam bentuk iklan visual ataupun bukan visual merupakan satu kekuatan yang akan menentukan pasaran semiotik visual yang dilakukan terhadap iklan dalam memperkenalkan produknya (iklan visual, risalah, brosur, baligo). Beliau juga mendapati bahawa reka bentuk iklan boleh mempengaruhi tingkah laku pengguna dalam membeli produk.



Analisis Visual  Iklan  DiGi  Sebagai Satu Aplikasi Media Menggunakan Pendekatan  Teori Semiotik.

Semiotik teks dalam ini tidak berhenti hanya menganalisis tanda (jenis, struktur, makna) secara individu, akan tetapi melingkupi pemilihan tanda-tanda yang digabungkan ke dalam kumpulan pola-pola yang lebih besar (teks), yang di dalamnya menyatakan sikap, ideologi, atau mitos tertentu yang berlatar belakang gabungan tanda-tanda tersebut.


Analisis semiotik dalam kajian ini akan dilakukan melalui analisis taksonomi (klasifikasi), iaitu analisis yang didasarkan pada fokus terhadap salah satu domain yang akan dijadikan objek analisis. Adapun pelaksanaan kajian analisis semiotik ini akan dijalankan melalui beberapa tahap, sesuai dengan rajah mengenai taksonomi iklan. Stokes (2003) menyatakan bahawa analisis semiotik didahului dengan pentakrifan objek analisis dan pengumpulan teks (kumpulan tanda) yang akan dikaji. Kajian akan dilakukan dengan mengikut kepada teori semiotik Peirce (1839-1914) iaitu triadik dan melalui penghuraian elemen iklan mengikut kepada taksonomi iklan. Objek analisis dalam kajian ini adalah iklan Digi. Setelah penetapan ini, tanda-tanda yang terdapat dalam iklan ini akan dikenal pasti dan disenaraikan. Analisis semiotik yang akan dilakukan kemudian terhadap tanda-tanda tersebut akan meliputi analisis dimensi elemen visual yang terdiri dari taksonomi logo iaitu:

Terdapat  beberapa cara yang dilakukan untuk menganalisis sesuatu gambar. Gambar  yang dipilih untuk dianalisis dan dikaitkan dengan teori semiotik kerana sekeping gambar memberi seribu makna. Berikut merupakan tatacara yang digunakan untuk menganalisis gambar dan dikaitkan dengan teori semiotik adalah seperti berikut:
Pertama melakukan pembacaan dan sesi pemerhatian yang dilakukan secara pada setiap objek dan gambar yang dikaji. Kemudian saya menandakan dan memilih teks-teks yang menunjukkan adanya tanda budaya, kehidupan, warna serta elemen yang digunakan. Elemen yang disebut adalah sebagai data.

Kedua-dua analisis pada tahap ini adalah analisis data secara individu yang termasuk dalam maksud semiotik peringkat pertama. Seluruh data yang berjaya dikumpulkan pada tahap pertama dianalisis mengikut kaedah yang telah digariskan seperti memahami kontur, reka letak, warna yang digunakan, ekspresi wajah dan badan, senario persekitaran dan teks tulisan sekiranya ada. Kajian ini telah melihat aspek-aspek atau elemen asas seni reka seperti bentuk, teknik, corak dan susunan yang sedia ada. bentuk gambar ikonik tersebut dibaca melalui pelbagai tanda yang muncul untuk mentafsirkan makna gambar sesuai dengan konteks peristiwa.

Ketiga analisis pada tahap ini adalah analisis data secara kelompok yang termasuk dalam maksud semiotika tahap kedua dan menghasilkan makna efektif dan psychomotor. Seluruh data yang telah dikumpulkan dalam analisis peringkat pertama dan telah dianalisis pada tahap kedua akan diklasifikasikan secara total.

Keempat pada tahap terakhir dilakukan adalah memberikan kesimpulan dari hasil kupasan maklumat berdasarkan kepada pemerhatian data tadi. Selain mengemukakan beberapa hasil keputusan pemerhatian, analisis yang diberikan lebih bersifat praktikal.


Latar belakang syarikat DIGI.COM BHD (DiGi)




 
DIGI.COM BHD (DiGi) kini tersenarai dalam 100 Syarikat Paling Inovatif di Dunia 2014 oleh majalah Forbes.Dalam satu kenyataan medianya, DiGi memaklumkan, ia adalah satu-satunya syarikat Malaysia dan pengendali telekomunikasi dari Asia yang terpilih ke dalam senarai itu.Menurutnya, sebanyak 22 syarikat Asia memasuki senarai itu tahun ini dengan Jepun muncul pendahulu menerusi lapan syarikat, diikuti China enam syarikat, India lima syarikat dan masing-masing satu dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.“Syarikat dari Amerika Syarikat (AS) menguasai senarai itu dengan 39 syarikat termasuk beberapa jenama terkenal dunia seperti Salesforce, Amazon.com, Netflix, MasterCard, Starwood Hotels dan Procter & Gamble.“Ini kali kedua DiGi diiktiraf dalam senarai Forbes yang mana pada 2012, syarikat itu diiktiraf sebagai satu daripada 50 syarikat awam Asia Pasifik yang mencatat perdagangan terbaik dan dimasukkan dalam senarai Forbes untuk 50 syarikat terbaik Asia,” katanya.Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Lars Norling, berkata inovasi ialah satu daripada ciri utama syarikat dan sebahagian besar pertumbuhan yang dicatatnya adalah hasil daripada keupayaannya yang konsisten.“Sejak beberapa tahun lalu, kami sudah mendapat pengiktirafan bukan hanya sebagai satu daripada jenama pilihan di Malaysia, tetapi juga secara konsisten memacu pertumbuhan menerusi inovasi,” katanya.
         Sementara itu, Pengerusi DiGi merangkap Ketua Telenor Group untuk Asia, Sigve Brekke, berkata untuk memperoleh penguasaan pasaran dalam sebuah negara yang memiliki kadar penembusan mudah alih yang begitu tinggi memerlukan tumpuan berterusan terhadap kehendak pasaran berteraskan budaya yang menjurus ke arah inovasi.“DiGi memiliki kedua-duanya dan bersaing dalam pasaran telekomunikasi Malaysia dengan konsisten, memacu pertumbuhan untung dan pemikiran inovatif dalam budaya syarikat,” katanya.Syarikat dalam senarai itu disusun kedudukannya berdasarkan kelebihan daripada aspek inovasi, yang mengukur sejauh mana pasaran saham menjangkakan sesebuah syarikat akan tampil dengan idea segar, bagaimana ingin menjana wang dan mengatasi prestasi perniagaan sedia ada mereka dalam tempoh beberapa tahun akan datang.(seperti dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/digi-syarikat-tunggal-malaysia-dalam-forbes-1.310656).

Visi untuk meninggikan komunikasi untuk membaiki kualiti  kehidupan pelanggan di  rumah, tempat kerja dan untuk mengisi masa lapang.  

Misi untuk memperlengkapkan khususnya proses pelanggan untuk menemui kehendak individu dalam komunikasi, perhubungan, penggunaan komunikasi dan keselamatan. Memperlengkapkan persekitaran dimana semua pekerja boleh hidup dan dipenuhi. Memperlengkapkan superior returns untuk pemegang saham. Beri sumbangan untuk mempertingkatkan kehidupan di Malaysia.


Walaupun anak syarikat milik penuh DiGi yang utama, iaitu DiGi Telecommunications Sdn Bhd, mempunyai beberapa lesen untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi lengkap, tumpuan utamanya adalah untuk membekalkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran komunikasi mudah-alih yang sedang pantas berkembang di Malaysia. Sehingga kini, DiGi telah mencapai pertumbuhan mendadak dalam bilangan pelanggan perkhidmatan mudah-alih, dan kini merupakan antara pembekal perkhidmatan komunikasi mudah-alih yang utama di Malaysia. (seperti dipetik dalam  http://www.boardroomlimited.com/irdigi/irdigi/DiGi ChairmanStatement%20(English).pdf

Antara produk yang di tawarkan oleh DiGi memperkenalkan empat promosi bersama kempen ini, iaitu:
DiGi Live: Untuk berada di barisan hadapan untuk membawa kandungan hiburan terbaru dan paling inspirasi (video, muzik dan permainan), dan berkas produk yang berbeza dengan inovasi perkhidmatan terkini digital dari perkongsian global strategik.
DiGi Nilai: Sentiasa menawarkan nilai yang lebih baik untuk wang untuk pelan suara dan internet, dan membolehkan akses internet mudah alih yang mampu dimiliki di pelbagai mata harga.
DiGi Easy: Janji pengalaman pelanggan yang konsisten dan lancar, dan terbaik layan diri melalui saluran rangkaian terluas titik sentuh perkhidmatan. Semua panggilan ke Careline perkhidmatan pelanggan kami adalah percuma.
Terbaik Internet: Terpantas menjadikan rangkaian data, menjamin pengalaman internet paling konsisten dan sosial penglibatan media terbaik dan platform kandungan.




Analisis Semiotik sebagai kajian tanda dalam visual iklan DiGi            



Poster ini merupakan satu pesanan kemasyarakatan oleh sebuah syarikat komunikasi terkenal DiGi sempena Hari Malaysia 2012. Memahami Konsep 1 Malaysia yang diletakkan asas utama poster dikeluarkan.

Bahasa 

Penggunaan bahasa penting, maka keberkesanan bahasa penyampaian pesan tersebut menjadi pemikiran utama seorang pereka bentuk komunikasi visual. Untuk itu, pereka haruslah: pertama, memahami betul selok belok mesej yang ingin disampaikannya. Kedua, mengetahui kemampuan menafsir, kecenderungan dan keadaan, baik fizikal mahupun jiwa dari manusia kelompok masyarakat yang menjadi sasarannya. Ketiga, harus dapat memilih jenis bahasa dan gaya bahasa yang serasi dengan mesej yang dibawakannya, dan tepat untuk dapat dibicarakan secara berkesan (jelas, mudah, dan mengesankan) bagi penerima mesej.
           Di dalam iklan yang dipaparkan ini  pereka  iklan dilihat menggunakan istilah-istilah bersesuaian dengan bidang yang dikaji. Penggunaan istilah dalam sesuatu bidang kepakaran memerlukan pemahaman yang jelas oleh pembuat iklan dan juga khalayak. Contoh penggunaan perkataan DiGi Easy merupakan suatu produk perkhidmatan komunikasi yang memudahkan pengguna  memahami semasa menggunakan talian  kominikasi tersebut (Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin,, 2013). Penggunaan istilah komunikasi seumpama ini dalam periklanan memberi andaian yang menarik bahawa pengguna produk ini sudah ‘terbiasa’ dan terdedah dengan penggunaan istilah-istilah komunikasi seumpama ini dalam kehidupan seharian terutamanya melibatkan periklanan.
 Perkataan yang tertulis “We May Have Our Difference, But We Also The Same” diletakkan kedudukannya di tengah poster iklan DiGi bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun 2012. walaupun petikan ayat tersebut ditulis dalam saiz yang kecil, Namun tidak menimbulkan sebarang masalah, kesulitan, kesukaran atau gangguan dalam poster iklan itu diterbit atau disiarkan. Malah mudah difahami oleh tatapan umum. Perkataan yang tertulis “We May Have Our Difference, But We Also The Same” lebih merujuk kepada maksud  kami mungkin mempunyai perbezaan kami, tapi kami juga yang sama ,namun maksud disebaliknya ingin meunjukkan persaingan  sihat antara sesama syarikat telekomunikasi lain  walaupun mempunyai perbezaan atau persaingan perniagaan. Contoh yang jelas dapat dilihat pada patung yang berwarna biru itu, apa yang difahami poster ini menunjukkan “semiotik “ patung biru itu ialah pesaing terdekat syarikat DiGi iaitu Celcom Malaysia. Tetapi mereka bersatu hati menyokong dasar kerajaan untuk bersatu bersama-sama sebagai satu bangsa 1 Malaysia. Walaupun perkataan itu tidak ditunjukkan secara bertulis syarikat yang dimaksudkan,tetapi ianya ditunjuk melalui “semiotik” iaitu pada anak beruang biru tersebut dan perkataan tersebut.

Warna

Penggunaan  warna juga diteliti apabila DiGi menggunakan  warna kuning yang sebagai warna rasmi pada maskot patung DiGi tersebut.Jika mengikut psikologi warna, warna kuning adalah digambarkan sebagai warna yang menunjukkan kekuasaan dan kemewahan selalunya digunakan oleh golongan atasan iaitu raja atau kerabat diraja. Warna tidak digambarkan maksudnya melalui tulisan atau teks, tetapi digambarkan hanya melalui pemahaman secara psikologi atau budaya. Ianya ditafsirkan melalui pemerhatian serta pemahaman. Bukti yang jelas dapat dilihat melalui penggunaan warna kuning pada watak maskot patung DiGi yang berwarna kuning mengambarkan simbol keunikan,keunggulan,kekuasaan dan kemewahan produk syarikat telekomunikasi tersebut. Manakala maskot patung kedua berwarna biru membawa simbol pesaing terdekat dalam dunia perniagaan telekomunikasi. Warna biru merupakan simbol warna menunjukkan kepercayaan, kebersihan, keamanan, kelembutan,  Namun gambaran luaran membawa simbol persahabatan.Berikut merupakan petunjuk warna-warna mengikut pemahaman budaya adalah seperti dalam jadual 3 berikut:


Warna
Makna positif
Makna negatif

Merah

Kekuatan, kehangatan, cinta, persahabatan.

Nafsu, agresif, kesombongan dan kemarahan.

Merah muda
Hadiah, inspirasi, kekaguman, simpati, keremajaan.

Kekurangan, naif.

Orange

Kehangatan, semangat, keseimbangan, ceria dan kecerahan

Meminta, berlebihan, terlalu emosi, mencari perhatian.

Kuning

Kekayaan, kehidupan, optimisme, kemakmuran, sukacita.

Iri hati, tidak jujur, penakut, tamak haloba.

Hijau

Stabil, santai, alami, kemakmuran, keberuntungan, dermawan, semangat, abadi, keseimbangan.

Nasib buruk, cemburu, iri, agresi, tidak berpengalaman, korupsi, tamak, memalukan.

Biru

Kepercayaan, dapat diandaikan, kebersihan, keamanan, kelembutan, kepercayaan diri, persahabatan.

Sedih, dingin,murung

Ungu

Kreativiti, kemakmuran, romantisme, bangsawan, kebanggaan, kebijaksanaan.

Sombong, angkuh, misteri, kasar, kejam, berlebihan.

Coklat

Perlindungan, kesederhanaan, stabil, keutuhan, persahabatan, dapat diandalkan.

Kebodohan, kemiskinan, kekasaran, kotor, tumpul, bosan.

Putih

Disiplin, kebaikan, kerendahan hati, kematian, api, kemudahan, damai, suci.
Hampa, kematian, menyerah, penakut, kurang imiginasi.

Hitam

misteri, klasik,elegent kecanggihan, keseriusan, formalitas.

Penyesalan, kematian, setan, pemberontakan, kesedihan, perkabungan.



Latar belakang

Latar belakang poster iklan DiGi ini digambarkan ciri-ciri Malaysia. Ciri-ciri Malaysia itu ditunjukkan melalui bendera Malaysia yang dikibarkan dan bangunan yang amat terkenal yang berkait rapat dengan kemerdekaan iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Manakala latar langit biru yang terbentang luas mengambarkan suasana pemandangan semulajadi yang cantik dan unik. Namun penggunaan latar langit cerah yang luas berwarna kebiruan memberi simbol kedamaian serta kebesaran kekuasaan penciptanya.
           Penggunaan latar belakang  bangunan ini kerana kedudukan strategik  Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di depan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor di pusat bandar iaitu  di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sultan Selangor pada masa mula-mula bangunan ini dibina. Bangunan ini menghiasi beberapa acara penting seperti Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan ketika menyambut Tahun Baru. Bangunan warisan ini pernah menempatkan Mahkamah Agung (sekarang dinamakan Mahkamah Persekutuan). Ia juga pernah menempatkan Mahkamah Rayuan sebelum kedua-dua mahkamah ini berpindah ke Istana Keadilan di Putrajaya. Bangunan ini sekarang menempatkan Bahagian Komersil Mahkamah Tinggi Malaya. Oleh itu, bangunan ini sesuai menjadi lambang atau simbol artifak sejarah kemerdekaan dan kemegahan negara.


Imej
Semangat patriotisme telah ditunjukkan dalam poster ini melalui kedua-dua patung yang mengambarkan syarikat DiGi dan pesaingnya dilihat berpelukkan mengadap bendera Malaysia yang sedang berkibar dan Bangunan Sultan Abdul Samad. “Berpelukkan” digambarkan sebagai erti persahabatan dan kasih sayang.Simbol ini tidak digambarkan melalui perkataan tetapi hanya ditunjukkan dalam perbuatan. Manakala simbol bendera digunakan kerana bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.

Tempat

Rasional pemilihan tempat seperti kelihatan berada di padang dalam poster ini menunjukkan pereka visual poster ini  kreatif dan bijak .  Menurut kamus dewan ( 2005)  padang ialah tanah yang lapang, manakala padang bola ialah padang untuk bermain bola . Justeru pereka iklan cuba memasukkan elemen yang mudah iaitu menggunakan keluasan ruang padang sebagai simbol ruang cabaran atau persaingan perniagaan yang luas dan seanteronya. Namun pemilihan padang sebagai latar tempat iklan DiGi menampakkan poster ini  berserabut dengan gambaran rumput yang menghijau subur.              Sebenarnya gambaran padang yang rumputnya subur mengambarkan kesuburan dan keharmonian bumi negara ini. Mungkin  juga, ruang hijau yang besar ini memudahkan pereka poster ini memasukkan logo DiGi serta tarif promosi syarikat ini, dan ruang biru yang besar adalah untuk memasukkan logo satu Malaysia dan sedikit Typhography(paparan teks askara).  Walaupun begitu, elemen  harmoni dan keseimbangan gambar telah diutamakan bagi memastikan kedudukan poster ini seimbang.

Gambar/visual

Menurut Sumbo Tinarbuko.(2003). gambar  adalah  sebahagian daripada komunikasi visual yang merupakan suatu sistem memenuhi keperluan manusia di bidang maklumat visual melalui lambang-lambang mata kasar, dewasa ini mengalami perkembangan sangat pesat. Hampir di segala sektor aktiviti, lambang-lambang, atau simbol-simbol visual hadir dalam bentuk gambar, sistem tanda, identiti korporat, pelbagai paparan produk di pusat beli-belah dengan aneka daya tarik.Gambar wujud sebagai lambang atau bahasa visual yang di dalamnya terkandung struktur rupa seperti: garis, warna, dan komposisi. Keberadaannya dikumpulkan dalam kategori bahasa komunikasi non verbal, ia dibezakan dengan bahasa verbal yang ketara tulisan ataupun ucapan. Dalam rancang grafik yang kemudian berkembang menjadi reka bentuk komunikasi visual banyak memanfaatkan menjadi pendukung gambar sebagai lambang visual mesej, guna mengefektifkan komunikasi. Keupayaan menggunakan lambang-lambang visual  berupaya diangkat dari  berteras bahasa visual yang mempunyai ciri-ciri yang bersifat khas bahkan sangat istimewa untuk menimbulkan kesan tertentu pada pengamatnya. Hal demikian ada kalanya sukar dicapai bila diungkapkan dengan  bentuk bahasa verbal.
           Pendekatan yang bijak dilakukan pereka visual iklan DiGi adalah dengan memastikan warna hijau dan biru cair itu menjadikan maskot patung yang berwarna kuning begitu menyerlah dalam poster ini. Sudah semestinya syarikat komunikasi ini tidak mahu pesaingnya iaitu maskot patung yang berwarna biru itu menyerlah dari maskot patung rasmi syarikat ini. Mungkin inilah sebab bahawa posisi patung biru itu rendah sedikit dan warna biru cair yang dipilihnya adalah tidak menonjol.
             Sementara gambar bola yang digunakan dalam iklan DiGi ini mempunyai simbol tersirat iaitu seperti yang diketahui bola ialah suatu benda yang berbentuk bulat atau bujur,padat atau berongga digunakan dalam permainan atau sukan. Namun dalam visual iklan Digi simbol bola digunakan sebagai lambang persaingan atau pertandingan,perlawanan untuk mencapai target tertentu atau puncak kejayaan. Walaupun bola yang digunakan bukan bola sepak,bola jaring atau bola keranjang mahupun bola ragbi tetapi hanya bola permainan kanak –kanak yang bercorak biru dan campuran hijau air laut.






Kesimpulan



Hasil penelitian  telah mendapati bahawa, mesej yang terdapat pada pelbagai hasil karya komunikasi visual, merupakan mesej yang disampaikan kepada sasaran adalah dalam bentuk tanda atau dikenali sebagai “Semiotik”. Secara amnya, semiotik dapat dilihat dari dua aspek penting, iaitu tanda verbal dan tanda visual. Tanda verbal merupakan hasil komunikasi dari ragam bahasa, gaya penulisan, tema dan pengertian yang diperolehi. Manakala tanda visual dilihat dari cara menggambarkannya, dari pelbagai cara yang boleh dilakukan sama ada secara ikonis, gambar atau simbol. Tanpa disedari,itulah yang dikatakan bagaimana masyarakat boleh memahami apa yang disampaikan hanya melalui tanda,gambar atau simbol sekalipun tanpa menggunakan ragam teks bahasa.
           Berdasarkan tanda verbal dan tanda visual yang terdapat dalam iklan DiGi ini, maka kita sudah pasti boleh melihat mesej tersebut dengan bantuan kod kebudayaan dan kod semiotik. Merujuk pada kod kebudayaan seperti ditegaskan dalam teori Barthes(dipetik dalam Sumbo Tinarbuko,2003) yang melihat kode: kode hermeneutik, kode semantik, kode simbolik, kode narasi dan kode kebudayaan. Maka tanda visual dalam dalam iklan ini berupa semangat cintakan negara Malaysia yang dizahirkan melalui patung rasmi DiGi yang memeluk satu lagi maskot patung  DiGi yang berwarna biru yang memerhatikan kibaran bendera Jalur Gemilang. Dengan pendekatan walaupun mempunyai persaingan atau berlainan kefahaman,masyarakat Malaysia berkembang dengan kewujudan sikap saling membantu dan bersatu dalam menjalani kehidupan pelbagai ragam bentuk serta budaya. Maksud sebenar juga  boleh juga dilihat dari iklan ini ialah. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh, merupakan bentuk peribahasa yang merujuk pada konsep iklan ini.
  Tanda visual dalam iklan DiGi ini boleh ditakrifkan penyampaian secara teori semiotik. Ini kerana bentuk teks yang dipaparkan amat kurang tetapi ditunjukkan melalui gambar dan konsep iklan tersebut. Saya pasti sesiapa yang terlihat iklan ini secara mudah dapat memahami konsep serta mesej yang ingin disampaikan. Cuma kupasan yang diberikan mungkin berbeza berdasarkan pemahaman masing-masing. menurut kod simeotik, merupakan perwujudan dari kesetiaan dan kebangsaan masyarakat Malaysia




Rujukan

Annual Report 2001 Laporan Tahunan chairman’s statement Penyata Pengerusi . Capaian 10                            Disember 2015 dari
             http://www.boardroomlimited.com/irdigi/irdigi/DiGiChairmanStatement%20(English).pdf.

Digi Syarikat Tunggal Malaysia Dalam Forbes.(2014). Capaian 10 Disember 2015 dari
             http://www.sinarharian.com.my/bisnes/digi-syarikat-tunggal-malaysia-dalam-forbes-                            1.310656

Fauziah Ahmad, Tika Nuraeni, Chang Peng Kee & Mohd Helmi Abdul Rahim.( 2011). Pemediaan                   Produk dan Penggunaan Logo Starbucks Coffee. Jurnal Komunikasi,Malaysian Journal of                   Communication Jilid 27(1): 73-90.

Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin.(2013). DiGi store online dinaiktaraf ke platform e-dagang.                         Capaian 10 Disember  2015. dari
            http://www.astroawani.com/berita-bisnes/digi-store-online-dinaiktaraf-ke-platform-e-dagang-            19021

Mana Sikana. 1998. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sumbo Tinarbuko.(2003) Semiotika Analisis Tanda Pada Karya Desain Komunikasi Visual
  Jurnal Nirmana Vol. 5, No. 1,: 31 - 47.

Tengku Intan Marlina bt. Tengku Mohd. Ali.(2008). Teori Semiotik Peirce Dan Morris: Suatu                          Pengenalan. Capaian 11 Disember 2015 dari http://www.journalarticle.ukm.my/2997/1/1-                    Zulkiflee.pdf.

Tresidder, R. (2010). Reading food marketing:The semiotics of Marks & Spencer!? International                     Journal of Sociology and Social Policy. 30 (9/10): 472-485

sumber : klik sini

No comments:

Post a Comment