Thursday 28 April 2016

ANALISIS AKHBAR

Analisis akhbar

Analisis berita yang dilampirkan berdasarkan aspek-aspek berikut:
a) Konteks
b) Pandangan
c) Perspektif
d) Sumber

Artikel 1: Kerajaan akan ambil langkah pertahan ringgit
a) Konteks
Berita ekonomi yang ditulis oleh penulis adalah bersifat informasi teks realiti dan bukannya berdasarkan pandangan atau pendapat penulis. Maklumat teks yang disampaikan adalah jelas kepada masyarakat umum. Cara penulisan wartawan yang dimudahkan lagi dengan pembahagian perenggan mengikut kronologi kehendak tajuk. Jelasnya, penulis telah membaca atau menonton terlebih dahulu untuk mendapatkan informasi yang tepat sebelum menulis di dalam akhbar.

b) Pandangan
Laporan yang ditulis ini adalah berdasarkan fakta dan ia bukannya berdasarkan tulisan penulis dengan sewenang-wenangnya kerana sumber yang diperoleh adalah benar. Boleh jadi penulis berada dalam sesi dialog yang diadakan. Untuk memantapkan penulisannya, penulis turut memetik kata-kata menteri yang bertanggungjawab  bagi mendapat kepercayaan pembaca. Merujuk kepada kenyataan angka-angka statistik, ia adalah berdasarkan temubual dengan pihak yang terlibat. Pada pandangan peribadi, penulis telah menulis berita ini dengan mengambil kira isu semasa yang hangat diperkatakan masyarakat umum. Tetapi, jika inginkan sesuatu berita yang ditulis itu lebih menarik, penulis boleh juga sertakan gambar sebagai alat bukti.

c) Perspektif
Berita yang ditulis ini dilihat daripada perspektif golongan mana yang tertarik untuk membacanya. Cara penulisan penulis menjurus kepada golongan pertengahan yang mengeluarkan tenaga untuk menjana pendapatan. Mereka akan tertarik untuk membaca dengan adanya kenyataan yang ingin membantu memperkukuhkan ekonomi negara. Berita seperti ini tidak mudah untuk pembaca 
Menokok tambah kerana ia dilihat kurang menarik minat orang ramai untuk membacanya. Jadi, fakta yang tepat akan dapat disampaikan kepada pembaca luar.

d) Sumber
Jika dilihat punca sumber yang diperoleh iaitu dari malaysianreview.com dan www.astroawani.com menambah kepercayaan pembaca terhadap isi berita yang ditulis. Sedia maklum, sumber sebegini mendapat kepercayaan daripada pembaca kerana ia boleh dipercayai.

Artikel 2: Pelaksanaan komponen MAI mengurangkan kesan kelembapan ekonomi
a) Konteks
Berita yang ditulis adalah bersifat fakta yang dipetik daripada sumber yang boleh dipercayai. Pemilihan informasi yang disampaikan bukanlah dari kaca mata wartawan/penulis semata-mata tanpa merujuk sumber yang tidak tepat. Dalam menganalisis berita, didapati penulis turut memberikan input yang boleh mendapat kepercayaan daripada pihak pembaca. 

b) Pandangan
Cara penulisan berita yang tidak tersusun memberikan impak kepada pembaca. Cara penyusunan kronologi yang tidak sistematik membuatkan ia tidak menarik kerana dilihat bercampur aduk. Penulis sepatutnya membahagikan ayat-ayat tersebut berdasarkan perenggan yang sesuai. Walau bagaimanapun, kenyataan yang ditulis adalah berdasarkan fakta dan ia bukannya pendapat daripada pihak penulis. Selain itu, penulis turut memetik kenyataan yang disampaikan oleh pihak yang ditemu bual. Berdasarkan tajuk berita, penulis tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan idea sendiri tanpa perlu merujuk kepada sumber-sumber yang tepat.

c) Perspektif
Diperhatikan, terdapat satu kesalahan ejaan oleh pihak penulis. Perkataan ‘menggalakkan’ ditulis ‘mengalakkan’ menunjukkan bahawa penulis tidak prihatin terhadap kesalahan tatabahasa. Dalam penulisan berita, wartawan/penulis perlu peka terhadap penggunaan ejaan yang betul. Kekuatan penulisan berita ini terlihat dari segi pemilihan tajuk yang sepadan denga nisi berita yang disampaikan.

d) Sumber
Artikel ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu daripada Berita Harian Online dan Sinar Harian. Dua sumber berita ini diyakini kesahan oleh pembaca. Oleh itu, wartawan/penulis bukan menulis berita berasakan kaca matanya tetapi adalah berdasarkan informasi fakta yang benar.

Artikel 3 :Keputusan Ujian DNA Morais dalam tempoh 2 minggu
a) KONTEKS  
Berita yang disampaikan adalah berdasarkan fakta dan bukannya pandangan penulis. Tetapi penulis hanya menyatakan sedikit kronologi kes di akhir perenggan. Konteks yang disampaikan adalah berdasarkan situasi. Penanda rujukan yang digunakan oleh penulis juga menunjukkan adanya tautan antara ayat. Jadi pembaca dapat menerima berita yang disampaikan dengan mudah dan tepat. Selain itu penulisannya bukan berdasarkan pandangan tetapi adalah berdasarkan fakta.

b) PANDANGAN
Tulisan wartawan adalah bukan berdasarkan pemahamannya tetapi adalah fakta yang benar. Dalam berita ini wartawan tidak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya sebaliknya ia perlu menyampaikan berita itu berdasarkan info yang tepat. Wartawan turut memetik tulisan cakap ajuk agar maklumat yang disampaikan adalah benar dan tepat.

c) PERSPEKTIF
Perspektif media tidak boleh saling bertindih dengan kepentingganya. Maklumat yang hendak ditulis perlulah bersesuaiam dengan tajuk sesebuah berita yang hendak disampaikan. Dalam penulisan berita ini, didapati penulis menunjukkan cara penulisan melakukan penilaian berdasarkan fakta yang benar.

d) SUMBER
Berdasarkan pemerhatian, penulis hanya menfokuskan kepada satu teknik sahaja iaitu temubual. Sumber yang diperoleh adalah daripada Bernama dan sumber ini sememangnya boleh dipercayai.

Artikel 4 : Seorang lelaki ditahan dengan sepucuk pistol
a) KONTEKS
Berita yang disampaikan juga adalah berdasarkan fakta dan bukannya pandangan penulis semata-mata. Selain itu, penulis turut menyatakan kronologi kes. Penulis turut mengemukakan fakta-fakta berdasarkan angka bagi mengukuhkan lagi penulisannya. Walau bagaimanapun, penulisan berita ini agak bercampur aduk dengan berita lain (tetapi masih berada dalam wilayah yang sama).

b) PANDANGAN
Tulisan wartawan adalah bukan berdasarkan pemahaman dirinya, sebaliknya ia disokong oleh angka-angka statistik. Penulis tidak menulis mengikut perenggan yang bersesuaian sebaliknya hanya menulis mengikut berita semasa. Selain itu, jika dibekalkan dengan gambar akan menjadikan berita ini lebih menarik. Dalam satu berita ini penulis mencampurkan pelbagai berita hanya berdasarkan tembual dengan satu pihak sahaja.

c) PERSPEKTIF
Daripada perspektif tajuk dan isi yang terkandung tidak menunjukkan perkaitan kerana penulis mencampurkan pelbagai berita dalam satu tajuk. Jadi, pembaca tidak  mendapat informasi yang tepat mengenai tajuk berita.

d) SUMBER
Berita yang diperoleh ini adalah daripada MStar Online dan Berira Harian Online. Dua sumber ini dapat mengukuhkan bahawa berita yang ditulis ini adalah benar dan berdasarkan fakta, bukan berdasarkan pandangan penulis semata-mata.

Artikel 5 : Piala Malaysia : Kedah menang besar, Kelantan sekadar seri dengan FELDA
a) KONTEKS
Artikel ini merupakan salah satu berita sukan dan berfungsi sebagai makluman/informasi dan laporan berkaitan perlawanan bola sepak Piala Malaysia.  Artikel dijelaskan dengan terperinci berkaitan minit-minit dan situasi yang berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung.

b) PANDANGAN
Penulis melaporkan dengan jelas dan terperinci setiap gol yang dijaringkan. Hal ini memberi kemudahan kepada pembaca memahami apa yang telah berlangsung dalam sesuatu perlawanan dan ia memberi maklumat yang tepat berkaitan perlawanan yang telah berlangsung. Laras bahasa sukan yang digunakan begitu terkesan dan membawa pembaca seolah-oleh sedang berada  dalam situasi tersebut.

c) PERSPEKTIF
Penulis tidak menulis secara berat sebelah dan bersifat natural. Setiap perlawanan bola sepak dilaporkan dengan jelas tanpa memihak kepada mana-mana negeri/perlawanan.
d) SUMBER
Penulisan wartawan ini telah melihat perspektif/kaca mata penulis sendiri dan jelas bahawa berita yang ditulis ini bukannya dari sumber atau pihak lain atau pihak yang ditemubual.

Artikel 6 : Liga M: Sarawak, Selangor dihukum gara-gara tindakan ganas penyokong
a) KONTEKS
Artikel berita ini bersifat informasi berkaitan perkembangan sukan tanah air.Informasi ini diperoleh melalui mata dan telinga wartawan dan diumumkan kepada orang awam. Wartawan atau penulis pula memperoleh makluman dan informasi ini melalui keputusan yang dimaklumkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Walau bagaimanapun, makluman daripada FAM ini tidak dimaklumkan sumber percakapannya sama ada melalui lisan (sidang media) atau teks (kenyataan media).

b) PANDANGAN
Informasi yang dinyatakan dalam artikel berita ini merupakan fakta yang benar, bukan rekaan. Buktinya, terdapat petikan percakapan daripada pihak FAM dalam teks berita itu. Terdapat juga akta-akta yang dinyatakan bagi mengukuhkan bukti-bukti bahawa kenyataan berita itu adalah benar.

c) PERSPEKTIF
Berita ini tidak berat sebelah. Penulis / wartawan menyampaikan dan menulis berita dengan merujuk kepada maklumat dari FAM. Maklumat yang ditulis juga jelas mneyatakan bahawa kedua-dua pihak dihukum.

d) SUMBER
Berita ini sahih kerana terdapat dalam dua sumber, iaitu Sinar Harian dan MStar Online. Sesuatu artikel berita perlu dipastikan kebenaran dan kesahihan maklumatnya. Apabila terdapat dalam dua sumber, informasi ini berada dalam kelompok yang lebih dipercayai.

Artikel 7: Lisa, Yusry kongsi gambar bayi
a) Konteks
Penulisan berita ini merupakan satu bentuk berita hiburan tempatan. Didapati, cara penulisannya yang agak ringgan memudahkan pembaca menerima berita tersebut. Berita ini mirip kepada memberi makluman dan perkembangan semasa berkaitan selebriti tempatan yang terkenal. Dilihat dari sudut maklumat, penulis/wartawan tidak hanya menulis berdasarkan kaca matanya semata-mata, malah penulis memperoleh maklumat yang sahih sebelum menulis sesuatu berita.

b) Pandangan 
Cerita yang ditunggu-tunggu oleh pembaca. Artikel ini ditulis oleh wartawan hiburan dan sumber berita ini diambil semula melalui kapsyen gambar (laman sosial, Instagram HI Live). Artikel ini merupakan cerita/perkembagan artis tempatan dan bukan dalam bentuk fakta. Penulisan artikel hiburan selalunya tidak memerlukan bukti yang tepat dan ia lebih kepada gosip dengan tujuan untuk menarik minat pembaca terutama golongan muda dan pertengahan. 

c) Perspektif
Artikel yang ditulis ini bersifat perkongsian antara satu pihak. Manakala, satu pihak yang lain memanjangkan perkongsian ini kepada pihak lain. Artikel dalam bentuk sebegini berkemungkinan boleh ditokok tambah sekiranya ia disebarluaskan oleh pihak-pihak lain dalam laman sosial.

d) Sumber
Jika dilihat dari mana sumber berita diperoleh, sudah jelas menunjukkan penggunaan laman sosial seperti ‘what apps’, ‘facebook’, dan Instagram kurang memberikan kesahihan sesuatu berita yang ditulis atau disampaikan. Sumber berita ini adalah daripada laman sosial Instagram. Sedia maklum, sumber sebegini kurang kukuh dan hanya banyak propaganda berbanding kebenarannya. Jika hendak dibandingkan dengan sumber berita lain kenyataan sesuatu informasi itu boleh dipercayai. Apabila artikel ini disebarkan oleh pihak-pihak lain (bukan empunya diri), maka artikel ini kurang kesahan.

Artikel 8: Peminat marah kemesraan Selena Gomez dan Brooklyn Beckham
a) Konteks
Artikel berita ini bersifat mendedahkan perkembangan semasa selebriti luar negara. Perkembangan yang ditulis oleh wartawan itu berkonsepkan perkembangan hiburan, dan berita ini dilihat oleh wartawan melalui kaca mata penulis/wartawan itu sendiri.

b) Pandangan
Artikel berita ini ditulis oleh wartawan dengan membuat pemerhatian berdasarkan dua situasi. Pertama, pemerhatian melalui Minggu Fesyen News York oleh satu rancangan hiburan. Situasi kedua ialah penulis/wartawan melihat pada laman sosial peminat-peminat Selena Gomez dan Brooklyn Beckham. Pada pandangan peribadi, penulis seharusnya menulis juga komen-komen peminat yang menyukai hubungan artis tersebut. Penulis hanya ingin menarik perhatian pembaca dengan menulis cerita-cerita sensasi. Keboleh percayaan informasi yang disampaikan boleh diragui kerana penulis boleh menokok tambah cerita.

c) Perspektif
Berita ini dilihat tidak berat sebelah. Hal ini kerana, penulis menyatakan peminat yang marah/protes dengan kemesraan selebriti itu dan pada masa yang sama penulis juga menyatakan peminat yang menyokong kemesraan selebiti itu. Walau bagaimanapun, wajar kiranya penulis menyatakan/menulis komen peminat yang menyokong pasangan selebriti itu.

d) Sumber 
Terdapat dua sumber yang digunakan oleh penulis/wartawan untuk menulis berita ini. Pertama, sumber yang diperoleh dari Hollywoodlife iaitu mungkin daripada rancangan televisyen/artikel berita/majalah/surat khabar. Kedua, melalui laman sosial iaitu Instagram. 

Artikel 9 :  Ke mana nak bawa Malaysia
a) KONTEKS
Artikel berita ini merupakan berita politik. Wartawan/penulis melaporkan petikan percakapan/temubual bersama seorang ahli politik (pihak pembangkang kerajaan persekutuan). Dalam berita ini ahli politik tersebut menyatakan tanda protes dan mengkritik tindakan pihak-pihak tertentu berkaitan perhimpunan yang dijalankan pada Hari Malaysia. 

b) PANDANGAN
Berita ini dilihat sebagai satu medium untuk mengkritik pihak tertentu. Walaupun  jika dilihat dari sudut positif, berita ini lebih banyak ke arah kritikan. Namun kritikan yang dinyatakan bukanlah bersifat kekerasan tetapi lebih kepada ucapan tanda tidak menyokong tindakan pihak-pihak tertentu. Penulis menyampaikan dengan baik setiap kata-kata yang diungkap oleh orang yang ditemu ramah.

c) PERSPEKTIF
Pada awal artikel ini ditulis, ia dilihat seoleh-olah artikel berita politik yang berat sebelah kerana lebih banyak bersifat kritikan. Namun, telah diseimbangkan dengan satu penyataan sokongan (terhadap beberapa tindakan kerajaan) oleh ahli politik tersebut. Jelas bahawa penulisan berita ini tidak berat sebelah.

d) SUMBER
Berita politik ini diperoleh  daripada berita Harian dan Sinar Harian. Sumber berita ini boleh disahkan kepercayaanya kerana berita yang sama dipaparkan dalam dua akhbar yang berbeza. Kaedah temu bual yang dialkukan oleh penulis/wartawan mengukuhkan lagi berita ini. Hal ini kerana berita ini tidak diambil atau di ubahsuai dari artikel lain, serta kaedah temu bual ini tidak akan berlaku tokok tambah.

Artikel 10: Saya tidak akan kecewakan ahli UMNO, rakyat Malaysia-Najib
a) KONTEKS
Artikel berita ini ditulis sebagai salah satu ekspresi perasaan Perdana Menteri terhadap rakyat. Artikel ditulis semata-mata berpandukan ungkapan/penulisan Perdana Menteri sendiri melalui laman blognya NajibRazak.com

b) PANDANGAN
Artikel berita daripada BERNAMA ini jelas mendedahkan semangat mempertahankan diri (Datuk Seri Najib). Berikutan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau, Datuk Seri Najib  tampil untuk menjelaskannya di dalam laman peribadi beliau. Panulis telah mengambil  peluang ini untuk menjadikan tulisan Datuk seri Najib sebagai artikel berita.

c) PERSPEKTIF
Petikan dan tulisan Datuk Seri Najib di laman blognya telah digunaka pakai dan diterbitkan dalam akhbar BERNAMA.  Penulis telah menggunakan semula petikan kata-kata di laman blog tersebut dan disesuaikan dalam artikel penulisannya.

d) SUMBER
Sumber asal artikel ini datangnya dari laman blog perdana menteri sendiri, seterusnya sumber ini diguna pakai oleh wartawan untuk dijadikan bahan berita akhbar.

sumber : klik sini

No comments:

Post a Comment