Thursday 28 April 2016

ANALISIS WACANA UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM SEMPENA 100 HARI MENAKHODA NEGARA

DISERTASI INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2014

ABSTRAK

Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka.

Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada khalayak. Berdasarkan unsur struktur teks, pewacana lebih tertumpu pada struktur generik makluman dan tindakan. Penekanan pada struktur generik ini, khususnya struktur generik tindakan, menunjukkan bahawa tertanam ideologi kepimpinan partisipasi dalam pentadbiran yang diterajuinya. Hal ini secara tidak langsung menjadi medium 'prornosi diri' pewacana. Bagi aspek tautan pula, pewacana lebih banyak memanfaatkan tautan penghubung tambahan kerana pewacana yang masih baharu memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam. Oleh itu beliau perlu memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Penggunaan tautan rujukan saya atau kita dalam ucapan pula menunjukkan bahawa pewacana mahu mempamerkan keakrabannya dengan khalayak. Malahan, kata ganti saya dan kita juga digunakan secara berulang bagi menonjolkan diri pewacana.

PENGENALAN

1.0  Pendahuluan Bagi seorang permmpm, ucapan merupakan salah satu komunikasi rasmi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ucapan pemimpin negara merupakan satu wacana yang dapat memberi impak yang besar dalam pemerintahan negara. Setiap ucapan yang disampaikan berperanan mengukuhkan kuasa, mempertahankan idea, menyampaikan ideologi atau kepentingan lain. Schaffner (1997) yang dipetik dalam Wong Shin Shin (2007) menegaskan bahawa bahasa politik dapat dilihat melalui penggunaan bahasa secara khusus, manakala Wareing (1999: 11) pula menyatakan bahawa kuasa politik wujud di sebalik makna bahasa.
Bagi menghuraikan dan memahami penggunaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Di awal perbincangan, akan ditumpukan perhatian terlebih dahulu kepada latar belakang: sorotan kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kerangka teori, dan kaedah kajian.

1.1  Latar Belakang Kajian

Pada bahagian ini, akan dibincangkan tiga perkara yang berkaitan dengan latar belakang kajian yang dibuat, iaitu definisi dan sejarah wacana, sorotan kajian wacana di Malaysia, dan sorotan kajian wacana ucapan pemimpin.

1.1.1        Definisi dan Sejarah Wacana

 Wacana bukanlah satu bidang yang baharu. Kedudukan wacana dikatakan lebih tinggi daripada ayat dalam tatatingkat bahasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui definisidefinisi yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik sendiri, Misalnya, Stubbs, (1983 yang dipetik dalam Schiffrin, 1992: 1) melihat wacana sebagai kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa dalam kenyataannya seperti yang berikut.

attempts to study the organization of language above the sentence or the clause, and therefore to study larger linguistic units, such as conversational exchanges or written texts. Itfollows that discourse analysis is also concerned with language in use in social contexts, and in particular with interaction or dialogue between speakers.

Crystal (1992) mendefinisikan wacana sebagai regangan bahasa yang berkesinambungan yang lebih besar daripada ayat. Asmah Haji Omar (1980a: 11) turut menyatakan wacana sebagai unit bahasa yang melepasi batas ayat. Menurutnya:

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butir-butir pemikiran dan juga perkembangan akliah yang ada di dalamnya.

Nik Safiah Karim et al. (2009: 523) pula melihat wacana sebagai unit bahasa yang melepasi ayat. Beliau menambah bahawa:

 ...perkaitan antara bahasa unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik.

 Wong Khek Seng (2006: 1) pula mentakrifkan wacana sebagai usaha meneliti bahasa yang digunakan untuk tujuan kornunikasi yang boleh terdiri daripada satu-satu kata atau ayat tunggal, seberkas ayat, sesuatu perbualan ringkas, coretan nota sehinggalah sebuah novel yang lengkap. Dalam wacana Wong Khek Seng menyatakan bahawa kemarnpuan wacana menyampaikan mesej dan memperlihatkan runtutan dari segi penerimaan.

sebenarnya, wacana merangkumi keseluruhan aspek kornunikasi, sarna ada rnelibatkan rnesej atau teks, pengucapan, penerirnaan serta situasi konteks (Mohd. Sidin, 1999). Malahan, ada sesetengah pengkaji rnenganggap buah fikiran juga sebagai wacana. Fairclough (2003, dalam Idris Arnan, 2010) mentafsirkan wacana sebagai pandangan khusus tentang bahasa penggunaan sebagai satu unsur kehidupan sosial yang berkait rapat dengan unsur lain. Hal ini bermakna wacana berkait rapat dengan kehidupan sosial kerana digunakan dalarn kornunikasi.

Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan, terdapat persarnaan berkaitan takrifan wacana. Secara tuntasnya, wacana ialah unit tertinggi bahasa yang rnelarnpaui ayat dan kajian tentang unit tersebut, yakni tertinggi dalarn tatatingkat bahasa. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, rnaka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk.

Dari segi sejarah, kajian wacana dirnulakan oleh seorang ahli linguistik tradisional yang bemarna Malinowski seawal tahun 1923 dengan rnelihat hubungan bahasa dengan rnasyarakat dalarn kajiannya di Kepulauan Trobriand. Konsep ini kernudiannya dikernbangkan oleh Firth (1935) dengan mengemukakan 'teori makna dalarn konteks' (context of situation) yang rnenyatakan bahawa semua ilmu bahasa rnerupakan kajian rnakna dan rnakna ini bukan diperoleh daripada hubungan akaliah di antara idea-idea yang wujud oleh kata-kata, tetapi daripada hubungannya dengan konteks situasi yang melatarinya (Asrnah Hj. Omar, 1980a: 14), Firth (1935) menyatakan konteks situasi melibatkan pemeran dalam situasi, tindakan pemeran, ciriciri situasi lain yang relevan, dan bentuk perubahan yang ditimbulkan oleh hal-hal yang dituturkan oleh pemeran dalam situasi itu. Oleh itu, jika digunakan dalam konteks yang berlainan, setiap perkataan merupakan perkataan baharu yang mempunyai erti yang berlainan.

Walaupun kajian Malinowski (1923) dan Firth (1935) sudah mencerminkan analisis wacana, namun istilah discourse analysis ini secara khususnya mula diperkenalkan oleh Zellig S. Harris (1952) dalam kertas kerjanya Discourse Analysis bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tatabahasa ayat. Beliau melihat bahasa lebih daripada ayat dalarn pengkajian bahasa dengan memberi gambaran tentang struktur teks dan peranan unsur-unsur dalam struktur tersebut sehingga merubah analisis tatabahasa yang dahulunya hanya berakhir pada peringkat ayat, kini ke peringkat wacana. Malahan, beliau juga memperlihatkan wujudnya hubungan antara teks dengan situasi sosial. (Asmah Hj. Omar, 1980a: 14-15).

Secara umumnya, perkembangan wacana berasaskan dua tradisi, iaitu tradisi Eropah dan tradisi Amerika (McCarthy, 1991). Tradisi Eropah banyak dilakukan oleh ahli-ahli bahasa pemikiran Prague seperti Mathesius yang terkenal dengan kerangka Perspektif Tugas Ayat (Functional Sentence Perspective) bagi menganalisis wacana. . Halliday pula banyak mempengaruhi aliran wacana di Britain. Beliau juga sebenarnya banyak dipengaruhi oleh aliran Prague, selain pengaruh pemikiran Firth yang memperluas konsep keperihalan keadaan yang dipelopori oleh Malinowski. Halliday (1973) menekankan pendekatan fungsional terhadap bahasa dengan mengemukakan tiga fungsi bahasa, iaitu fungsi ideasional, fungsi interpersonal, fungsi tekstual. (dalam Idris Aman, 2010: 18-19). Sinclair dan Coulthard (1975) pula memajukan model analisis

wacana guru-rnurid di bilik darjah berasaskan hierarki unit wacana, manakala Grice (1975) seorang ahli falsafah menggunakan pendekatan pragmatik dalam wacana. Menjelang tahun 1970-an, kajian wacana telah mengalami evolusi apabila pendekatan kritis diperkenalkan melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh Roger Fowler dan rakanrakan sejawatnya, iaitu Hodge, Kress, dan Trew yang berpangkalan di University of East Anglia, Britain (Fairclough, 1992; Simpson, 1993). Pada awalnya, pendekatan ini dikenali dengan nama critical linguistics (dipetik daripada Idris Aman, 2006). Fairclough (2003) salah seorang penyokong analisis wacana kritis memperkenalkan praktis sosial dalam menganalisis wacana.

Di Amerika pula, analisis wacana didominasi oleh kerja-kerja dalam tradisi etnometodologi, iaitu menekankan metod penyelidikan secara pemerhatian terhadap sekelompok manusia yang berkomunikasi dalam latar semula jadi. Kajian yang dijalankan ialah jenis-jenis lakuan bahasa. Gumperz dan Hymes merupakan dua orang tokoh yang terkenal bagi tradisi ini. Oalam aliran Amerika juga ada tradisi analisis perbualan (conversational analysis) yang menumpukan perhatian kepada tingkah laku pemeran wacana dan kepada pola wacana yang wujud dalam data turut tergolong dalam analisis wacana. Begitu juga dengan aliran wacana yang bergerak sealiran dengan tradisi linguistik seperti wacana penceritaan lisan. Selain itu, satu lagi pendekatan analisis wacana yang terkenal ialah pendekatan lakuan tutur (speech act) yang digubal oleh ahli falsafah John Austin (1962) dan John Searle (1971), serta McCarthy (1991) (dalam Idris Aman, 2010,18-19).
Walau bagaimanapun, konsep analisis wacana dalam linguistik Melayu secara langsung diperkenalkan oleh Asmah Hj. Omar (1980a; 1998b) dalam tulisan artikelnya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam artikel tersebut, beliau menegaskan kepentingan makna dalam konteks situasi yang bersifat bukan verbal. Dengan menggunakan kaedah analisis Sinclair dan Coulthard (1975), beliau menganalisis struktur perbualan dalam teks dialog bahasa Melayu. Selanjutnya, banyak penulisan yang telah dihasilkan oleh beliau berkaitan wacana. Antaranya beliau pernah (1 menulis tentang wacana yang berlaku dalam temu duga dan wawancara (1995), wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan (1996), hubungan kuasa dalam perbahasan parlimen (2003) serta wacana akademik (2006).

      Perkembangan analisis wacana kemudiannya semakin rancak dengan terhasilnya sama ada dalam bentuk artikel, buku, tesis atau disertasi, khususnya memerihalkan wacana bahasa Melayu. Pada peringkat doktor falsafah, kajian wacana pemah dilakukan oleh Azhar M. Simin (1983), Sato Hirobumi (1991), Sanat Md Nasir (1996), Khathijah Abdul Hamid (1997), Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001), Nani Darmayanti (2012), Azhar Md. Sabil (2012), dan Rohaidah Haron (2012).
      Kajian Azhar M. Simin (1983) dan Sato Hirobumi (1991) memerihalkan nahu wacana. Kajian Azhar M. Simin sedaya menghuraikan kata 'yang', telah menerapkan kerangka teori tagmemik dan kerangka struktur naratif dengan harapan menjadi laluan kepada analisis nahu Melayu berasaskan wacana. Menurutnya, kajian bahasa yang ada sebelum ini bersifat nahu bebas konteks. Oleh sebab itu, sewajamya nahu wacana perlu diberi perhatian kerana baginya ayat bukanlah batasan terakhir dalam tatatingkat bahasa. Dengan demikian, perlu nahu perlu dianalisis dalam konteks yang lebih besar, iaitu wacana.
     
      Kajian Sato Hirobumi pula menggunakan korpus Hikayat Hang Tuah bagi menghuraikan bahasa Melayu klasik. Dalam kajiannya, teori linguistik strukturalfungsian dimanfaatkan sebagai kerangka menganalisis data. Dalam kajian tersebut, antara aspek nahu yang dihuraikan ialah susunan maklumat lama dan maklumat baharu.

Unsur kohesi atau tautan secara langsung disentuh oleh Sanat Md Nasir (1996) dalam kajian doktor falsafahnya. Korpus wacana yang digunakan oIeh Sanat Md Nasir ialah rencana Utusan Zaman dari tahun 1957 hingga 1961 dengan menerapkan kerangka teori Iinguistik sistemik Halliday dan Hasan (1976) dan Elsharshabi (1988) dengan membuat beberapa pengubahsuaian berdasarkan input de Beaugrande dan Dressler (1981) dan Cook (1992; 1994). Analisis yang dibuat melahirkan model kerangka tautannya yang dikenali sebagai Model Tautan Pindaan.
      Selain itu, kajian Khathijah Abdul Hamid (1997) juga membincangkan unsur kohesi dalam karangan pelajar. Akan tetapi, kajiannya turut menyentuh unsur koheren. Empat jenis karangan dijadikan korpus kajian yang merangkumi karangan naratif, karangan pendedahan, karangan perbincangan, dan karangan pujukan bagi tujuan terapan. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau menjawab 17 persoalan yang dibina berdasarkan angkubah-angkubah yang ditetapkan.
 Pada peringkat sarjana pula, kajian wacana pemah dibincangkan oleh Che Mahmood Che Pa (2003) yang turut mengkaji bidang wacana dengan menghuraikan penggunaan jenis wacana dalam novel Di Hadapan Pulau. Rohaidah Haron (2004) pula menggunakan peristiwa bahasa perbicaraan di Mahkamah Syariah sebagai korpus wacana. Bagi melihat strategi kornunikasi dan kesopanan, manakala Julia Henry (2004) menggunakan kerangka wacana analisis 3 dimensi bagi membuktikan praktis sosial pemasaran dalam bahasa pengiklanan dengan menggunakan 20 wacana periklanan barangan kecantikan yang diambil daripada majalah tempatan yang bertemakan wanita. Wacana pedagogi pula dikaji oleh Neng Lia Marliana (2008), Nor Diyana Saupi (2010) dan Isabella Jali (2011). Dengan terhasilnya kajian-kajian tersebut, maka bidang ini semakin menjadi tumpuan dalam ilmu Iinguistik.
       Akhir-akhir ini pendekatan kritis telah mendapat tempat dalam kalangan pengkaji tempatan. Menurut Idris Aman (2006: 82) kajian yang dilakukan oleh Kamila Ghazali menjadi perintis kepada pendekatan ini. Antaranya kajian yang menggunakan pendekatan ini ialah Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001), Nani Darmayanti (2012), Azhar Md. Sabil (2012), Hasuria Che Omar (2012) dan Rohaidah Haron (2012). Nani Oarmayanti (2012) telah mengkaji bahasa dan ideologi dalam akhbar Utusan Malaysia dan Kompas, khususnya bagi pemberitaan hubungan Malaysia-Indonesia, manakala Azhar Md. Sabil (2012) pula menganalisis wacana dan amalannya dalam warkah-warkah perjanjian Melayu abad ke-19. Kajian Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001), dan Rohaidah Haron (2012) pula menganalisis wacana ucapan pemimpin yang akan dihuraikan kemudian. Hasuria Che Omar
1.1.2        Sorotan Kajian Waeana Ucapan Pemimpin
 Bahasa yang rnenjadi medium berkomunikasi mempunyai peranan tertentu bergantung pada objektif yang diinginkan. Bagi seorang pemimpin, mereka memanfaatkan bahasa untuk pelbagai tujuan seperti mengukuhkan kuasa, mempertahankan idea, menyampaikan ideologi atau kepentingan lain. Perkara ini berlaku kerana kuasa politik wujud di sebalik makna bahasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terdahulu, sarna ada kajian di luar atau dalam negara. Di luar negara, kajian ini pemah dilakukan oleh Bahaa-eddin M. Mazid (2007), Chang Pu (2007), Fatih Bayram (2010) dan Junling Wang (2010).
Bahaa-eddin M. Mazid (2007) menggunakan pendekatan analisis wacana kritis untuk melihat andaian dan fungsi strategik, di samping komen ringkas mengenai penggunaan alat-alat propaganda dalam ucapan yang disampaikan oleh George W. Bush selepas sembilan hari serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon dan beberapa tempat yang disasarkan. Chang Pu (2007) juga mengkaji ucapan George W. Bush. Teks yang dikaji ialah teks ucapan yang disampaikan kepada pelajar di Universiti Tsinghua apabila Bush melawat ke China pada tahun 2002. Kajian tersebut dikupas berdasarkan teori analisis waeana politik dan bertujuan untuk menunjukkan bahawa kemahiran Bush dalam strategi retorik mempunyai hubungan yang rapat dengan matlamat keseluruhan politik beliau bagi memastikan Amerika dijadikan sebagai model untuk negara China serta pembangunan di China.

Fatih Bayram (2010) pula mengkaji ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Kajian tersebut secara langsung mengkaji komponen ideologi dan latar belakang bahasa yang termaktub dalam ueapan Erdogan semasa perbahasan di Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Januari 2009. Hasil kajian tersebut memperlihatkan Erdogan telah mengekalkan latar belakang beliau sepanjang masa politik beliau dalam kerajaan apabila beliau menggunakan bahasa sebagai alat sosial yang kuat untuk mempamerkan karakter beliau. Penemuan ini sejajar dengan pendapat yang dikemukakan oleh Fairclough, iaitu ideologi wujud dalam teks. Ueapan Baraek Obama pula pemah dikaji oleh Junling Wang (2010).

Dalam kajian tersebut beliau menggunakan pendekatan analisis waeana kritis dengan menerapkan teori Sistemik-Fungsional, Dalam kertas kerja tersebut, Junling Wang 10 menganalisis ketransitifan dan modaliti dalam waeana politik Baraek Obama sebagai usaha memahami penggunaan bahasa dalam penyampaian ideologi dan kuasa. Temyata Obama mudah memujuk atau mempengaruhi khalayak untuk menerima dan menyokong polisi dalam pemerintahannya. Di Malaysia kajian analisis wacana teks ucapan politik juga pemah dilakukan oleh beberapa pengkaji seperti Kamila Ghazali (1999), Idris Aman (2001; 2011),

        Asmah Hj. Omar (2003), Munif Zariruddin (2003), Mohammed Shahriar dan Mahmud Hasan Khan (2004), Wong Shin Shin (2007), Azimah Shurfa (2010), Rohaidah Haron (2012), dan Mashetoh Abd Mutalib et al. (2013) dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Kamila Ghazali (1999) menggunakan data korpus teks ucapan Mahathir Mohamad dalam Persidangan UMNO antara tahun 1982 hingga 1996 bagi memperlihatkan saling hubung antara bahasa dengan kehidupan sosial. Beliau cuba membuktikan bahawa bahasa menjadi unsur penting bagi pewacana untuk mempengaruhi khalayak menerima ideologi yang disampaikan.
        Dalam erti kata lain, kajiannya bertujuan untuk melihat hubungan bahasa dengan kehidupan sosial, di samping mengkaji hubungan kuasa dan ideologi yang terserlah dalam waeana kepimpinan Mahathir. Untuk itu, beliau telah meneliti teks homogenus atau normatif secara krono1ogi ucapan perasmian Perhimpunan UMNO dengan menekankan tiga tema utama dalam ueapan tersebut, iaitu Islam, ekonomi dan UMNO. Hasil kajian tersebut, penggunaan leksikal dan kedudukan pewacana yang diserlahkan melalui pemanfaatan bahasa memperlihatkan hubungan nilai solidariti. Dalam kajian itu juga, aspek intertekstualiti disentuh bagi menentukan praandaian melalui klausa dan frasa adverb



Ciri – ciri wacana

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :
I. satuan bahasa
II. terlengkap
III. mengatasi ayat atau klausa
IV. teratur atau tersusun rapi
V. berkesinambungan
VI. kohesi
VII. lisan atau tulisan
VIII. awal dan akhir yang nyata.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.

6.1 Tautan atau kohesi

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik.

“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan”
(Halliday dan Hasan:1976)

Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing." 

Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:

1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.

2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.


6.1.1 Jenis-jenis kohesi
6.1.1.1 Kohesi Leksikal 
Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi mencapai aspek kohesi leksikel ini, iaitu reiterasi dan kolokasi. 
i) Reiterasi (Pernyataan Semula)
Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonim, superordinat dan kata-kata umum.

a) Pengulangan Kata
Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition. Kata yang sering kali diulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam intipati teks. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya. 
Dalam bahasa Melayu, kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun sudut morfologi. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini, jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah. 

b) Sinonim
Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu teks. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama. 

c) Superordinat
Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'.
Contoh :
Semua yang ada di desa seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam, harus dibuatkan kandangnya secara teratur. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing.
(Tarigan, H.G. 1995: 146) 
Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau, biri-biri, ayam', iaitu 'ternakan'. Kata 'kambing, kerbau, ayam' adalah kata khusus yang juga dikenali hiponim. 

d) Kata-kata Umum
Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya.
Contoh :
Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang, sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya…
(Harun Aminurrashid. 2001:25) 

ii) Kolokasi
Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut, iaitu
a) dari sudut sintaksis
b) dari sudut semantik.


a) Dari Sudut Sintaksis
Contoh :
Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.
(Harun Aminurrashid. 2001:19)

b) Dari Sudut Semantik
Contoh :
Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini meliputi kereta, motosikal dan lain-lain.
(Tarigan, H.G. 1995: 136)

6.2 Runtutan atau koheren

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Contohnya:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut.

Contohnya:

Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.

6.3 Tujuan

Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

6.4 Penerimaan

Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

6.5 Maklumat

Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Contohnya:

(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.

(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.


6.6 Keadaan

Ciri seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.

Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya.

Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Misalnya:

“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”

Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. Misalnya:

6.7 Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura*

Pengenalan

Kertas ini bertujuan untuk melihat pengupayaan tatabahasa wacana bahasa Melayu di Malaysia dan di Singapura. Untuk itu, dikemukakan konsep pengupayaan dan konsep wacana, analisis wacana dan hubungannya dengan konsep tatabahasa wacana. Dimuatkan latar belakang ringkas wacana dan penelitiannya sama ada di luar negara atau di dalam negara sebelum menjurus kepada tumpuan kajian kertas ini. Dari segi tumpuan bahan, kertas ini mengambil perhatian bahawa di Malaysia hanya di Rancangan Bahasa Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan seterusnya di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang memulakan mata kursus Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu sejak sesi 1993/1994. Malah, pada sesi 2003/2004 kursus Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu Lanjutan ditawarkan di jabatan tersebut. Oleh itu, penyelidikan dan penerbitan di jabatan itu dijadikan asas analisis. Di Singapura pula hanya di Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang dijadikan asas penelitian memandangkan kursus analisis wacana baru dimulakan di peringkat sarjana pada awal 2007 ini. Di akhir kertas ini, dimuatkan jangkaan bidang ini di kedua-dua institusi dan negara.

Konsep

Konsep pengupayaan di sini merujuk kepada usaha mewujudkan dan mengembangkan tatabahasa wacana bahasa Melayu melalui penawaran kursus dan penerbitan. Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna ‘larian ke dan dari’. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Dan, wacana, menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam.

Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir. Menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi.Menurut Schiffrin et. al (2003:1), wacana mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa, wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, definisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Mereka melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama.

Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa.Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial. Analisis wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi. Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis sebagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya.

Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar di analisis melalui analisis wacana.Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132). Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang melihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi tataaturan tatabahasa, seperti tautan dan runtutan.

Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta hubungan sosialnya. Subjek memiliki kemampuan untuk men guasai maksud tertentu dalam setiap wacana. Oleh itu, analisis wacana dimaksudkan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.

Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan institusional. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berperanan dalam membentuk subjek tertentu, topik wacana tertentu, mahupun strategi di dalamnya. Oleh itu, analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa.
Di sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana, membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.


Konsep tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang mencakupi unit tertinggi bahasa, iaitu wacana, juga mengambil kira asas penggunaan bahasa yang mengambil kira koteks dan konteks yang cukup luas sehingga memungkinkan pengguna peka teks, koteks, dan konteks amalan sosial dan amalan agama. Dengan kata lain, tatabahasa seperti ini dikenali sebagai tatabahasa wacana mega (Sanat, 2005 dan 2006). Konsep tatabahasa ini sama dengan analisis wacana dari segi cakupan tumpuan pada wacana tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi. Metodologi analisis wacana sekadar menganalisis yang menurut Johnstone, B. (2002:2-4) merujuk kepada proses analisis secara eksplisit, sama ada mental atau mekanikal dalam memecahkan sesuatu kepada bahagian kecil.

sumber: